Tuesday, December 8, 2009

kembali mewarnai dunia 5S

Pada 07 Dis 2009, gerakan 5S Pusat Latihan yang aku nie adalah salah seorang ahli telah menyertai aktiviti gotong royong perdana yang pertama bermula jam 0830 pagi hingga ke petang yang berkahir lebihkurang jam 1630.
Dalam ativiti hari kami memulakan mengemas bangunan gyms, mengeluarakan barang yang ingin disisih seperti kertas/dokumenx kursus yang telah lama di rincih, alatanx rosak milik UiTM diasing dan dletak setempat di Depoh Pelupusan .
Penyertaan hari ini melepasi 2/3 dan peratus ketidakhadiran dalam anggaran 11%

Wednesday, June 10, 2009

buatmu isteri tersayang....

semalam aku ketemu dirimu dijalanan masa
nakal mulutku mengganggu ilusimu
aku menyapa persis angin petang sepoi-sepoi bahasa
kau renung wajah ini penuh makna
esoknya kubaitkan kata-kata menjadi sebidang hamparan
lalu dua insan kongsi melabuh tubuh
lusanya kita melangkah jauh
terbina sebuah kota cinta
telah ada lantai dinding dan bumbung
mengunci dua hati di dalamnya
hari ini
bagaikan juliet dan romeo
dalam langkah yang seiring dan nafas yang senada
ketuaan usia tidak pernah meratah setia
ketuanan tidak pernah rebah
kita saling pesan memesan
kita saling ingat mengingat
kekal pada kelahiran datangnya

Tuesday, June 9, 2009

mengenali diri aku3003






Anak kelahiran Pulau Pinang, dibesar dan mula bersekolah di Perak dan kini berkhidmat di UiTM. Telahpun berkahwin dan pasangan saya adalah orang Johor. Mempunyai seorang puteri yang masih bersekolah.